Selasa, 23 Disember 2008

Semalam, aku berjalan-jalan di internet dan aku terjumpa satu website yang membolehkan anda mendownload Al-Quran dalam format flash dan aku sendiri telah mendownload Al-Quran tersebut. Terdapat dua versi yang korang boleh download iaitu Tajweed Quran dan Quran Flash. So kalau korang nak download boleh ke laman web QuranFlash.


Haram Ucap Marry Christmas Bagi Orang Islam

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Mahu baling lagi........................

Seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi yang membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mahu melakukannya lagi. Abang Muntazer, Uday semalam mendakwa adiknya itu dipaksa menulis sepucuk surat bagi memohon maaf selepas didera di dalam penjara.
Muntazer, 29, dilabel sebagai hero dunia Arab selepas dia membaling sepasang kasut ke arah Bush sebelum ditangkap dalam satu sidang media di Baghdad pada 14 Disember lalu. Bagaimanapun, kasut itu gagal mengenai Bush yang ketika itu berdiri di sisi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.Seorang jurucakap mahkamah berkata, perbicaraan Muntazer berhubung tuduhan menyerang seorang pemimpin asing akan bermula pada 31 Disember ini. Pejabat Perdana Menteri pada minggu lalu mendakwa Muntazer menulis sepucuk surat bagi memohon maaf dan merayu Nuri supaya membebaskannya.
Bagaimanapun, Uday mendakwa surat itu ditulis tanpa kerelaan Muntazer yang kini ditahan di sebuah penjara di Baghdad. "Muntazer memberitahu saya bahawa dia tidak menyesal dengan apa yang dilakukannya dan akan melakukan perkara itu lagi," katanya. Uday memberitahu bahawa dia melawat Muntazer di penjara kelmarin dan mendapati adiknya itu kehilangan sebatang gigi serta terdapat kesan terbakar di telinga akibat dicucuh api rokok. Menurutnya, Muntazer juga memberitahu bahawa dia disimbah dengan air sejuk dalam keadaan bogel oleh beberapa pegawai penjara.

Nah.......... Letak muncung 'pen' kamu yang busuk itu kedalam tempat yang selamat. Semoga 'dakwat' nya lebih beradab.



penyu belimbing terbalik.............

Kaki mana yg seksi..........

Pulau Gandang