Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang aku mampu, aku akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.
Aku ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?
Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan musuh-musuh islam. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.
Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. Lebih 1000 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?
Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.
Rabu, 25 Mac 2009
Langgan:
Catatan (Atom)