Khamis, 19 Februari 2009

Jumlah Anak Tampa Bapa Mencecah 257,411 Orang Di Malaysia .........


BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi. Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

“Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia,” tegasnya.