Rabu, 24 Disember 2008

ader ker patut !!?............

Doa awal tahun


(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada Isnin 1 Muharram 1430H )

Doa akhir tahun


Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H )

Insyallah syaitan tidak ganggu kita kalau..........

Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah.

1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim...
2. Banyakkan Berzikir,Tahmid
3. Membaca 3 qul
4. Membaca ayat kursi waktu tidur
5. Membaca Surah Al-Baqarah
6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ... (sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat)
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat)
9 Bersahabat dengan org beriman
10. Dirikan solat dengan khusyuk
11.Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..

Lafas cerai sebab marah-mazidul


"Kalau dia orang datang, I ceraikan you". Demikian lafaz yang diungkapkan wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, pukul 11.30 malam, 13 Oktober lalu di rumah mereka di Damansara.
Lafaz itu diakui oleh Mazidul, 41, ketika dia hadir bagi memberi keterangan ringkas dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Bagaimanapun personaliti yang tenang itu memberitahu di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bahawa lafaz itu dibuatnya dalam keadaan dia marah.
Mazidul memberitahu mahkamah, 'dia orang' yang dimaksudkan dalam lafaz tersebut merujuk kepada ibu dan bapa mentuanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka yang datang ke rumahnya pada malam kejadian ialah ibu dan dua orang adik iparnya.
Tambahnya lagi, sehingga kini, ibu dan bapa mentuanya itu belum lagi datang ke rumahnya selepas insiden tersebut.
Terdahulu, Ghazali bertanya kepada Khairul Fazlin sama ada berlaku pergaduhan yang menyebabkan lafaz tersebut diungkapkan.
Khairul Fazlin menjawab: "Ada berlaku sedikit pertengkaran dan kemudian saya menelefon ibu saya supaya datang."
Tindakan itu katanya, menyebabkan Mazidul melafazkan "Kalau dia orang datang, I ceraikan you" kerana dia mahu menyelesaikan masalah itu bersama isterinya tanpa melibatkan ibu bapa mentuanya