Selasa, 16 Jun 2009

Mematikan Autoplay Pada Windows Vista.....

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:

1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.

2.Buang tanda pada “Use Autoplay for all media


3. Klik pada butang Save.

Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.

Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.