Rabu, 14 Oktober 2009

Aku ader cerita yg hendak aku kongsikan sama ko org.......

Ceritonyo kononnya di satu kampung ada seorang anak muda bernama Leman ingin berkahwin. Lama-lama dicari akhirnya berjumpa dengan seorang gadis bernama Milah dan si Milah bersetuju. Dia bertanya pada ayahnya meminta izin.

"Tak boleh Milah tu anak Jamilah. Dia tu anak ayah. Ayah dulu ad ahal dengan Jamilah."

Kecewa si Leman.

Namun dia terus dengan usaha mencari jodoh. Terjumpa pula Zenab dan suka pulak budak tu. Ditanya lagi izin ayahnya.

"Alah ... kau carilah pompuan lain. Ayah dahulu dah terlanjur dengan Zaiton dan dapat si Zenab. Kau berdua adik beradik."

"Ayah ni jahatlah ... Kecewa lagi saya kerana abah," kata Leman.

Dalam Leman sedang kecewa, muncul pula Bibah. Berkenal dan jalan-jalan beberapa kali, sudah sangguop mendirikan rumahtangga. Ditanya ayahnya.

"Bibah tu mana boleh. Itu anak ayah. Halimah dengan ayah nak kahwin dan ayah dah test drive."

"Alah ayah ni. Jahat sangatlah. Semua pompuan di kampung ni anak ayah."

Leman terus masuk ke bilik dan dengan sedih mengumpul baju-bajunya untuk masuk beg. Dia dah bertekad nak meninggalkan kampung untuk mencari pasangan hidup.

Maknya pulang dan masuki bilik Leman. Dia hairan kenapa Leman packing barang.

"Kau nak kemana Leman?"

"Saya kecewa mak. Semua pompaun di kampung ni anak ayah. Macam mana saya nak dapatkan pasangan hidup? Kenalah saya 'tukar kawasan'."

Maknya pun faham.

"Dahlah Leman, Kau simpan balik baju kau. Kau boleh kahwin denganpompaun yang kau suka."

"Macam mana boleh mak?"

Suara ibu diperlahankan, "Alah kau pun bukan anak ayah ..."