Isnin, 27 April 2009

Mengembalikan Fail-Fail Office.doc Yang Hilang.....

Sejak kebelakangan ini ancaman virus kian menjadi-jadi,kehadiran virus-virus ini bukan sahaja menganggu tugas harian kita malah boleh menyebabkan kerugian bagi syarikat-syarikat yang diserang ancaman virus ini...
Antara jenis serangan virus baru-baru ini ialah menyembunyikan fail-fail Office Word anda,kemudian virus ini akan mengklonkan dirinya meniru nama fail-fail office yang disembunyikannya ini.Fail-fail office yang disembunyikannya selalu ialah fail-fail yang berformatkan .doc .
Tentu anda berasa sedih jika fail yang anda siapkan berhari-hari hilang dengan sekelip mata sahaja akibat virus ini....Pada pandangan saya sendiri,virus pada tahun ini lebih ganas dari sebelum ini...Virus pada tahun ini lebih banyak menyusahkan kehidupan harian kita dan menggangu kerja kita....
Kembali kepada tajuk post kita hari ini,ada satu cara untuk anda mengembalikan fail-fail anda yang disembunyikan oleh virus-virus ini,selalunya virus ini menggunakan fungsi "super hidden" kepada fail-fail anda supaya anda tidak boleh mencari fail-fail anda semudahnya....
Baiklah,cara yang saya tunjukkan ini adalah sangat mudah supaya anda boleh mengembalikan fail-fail .doc anda kepada yang asal.





1. Pertama sekali,buka program notepad yang ada di dalam sistem komputer anda.
2. Kemudian,di dalam notepad tersebut,tuliskan seperti yang di bawah ini.

attrib -s -h

Selepas itu,save fail tersebut sebagai mandayakhidden.bat ataupun apa-apa nama fail.

caranya ialah ,pergi ke File --> Save as --> mandayakhidden.bat --> Save
(jika fail anda yang hilang tersebut berada di dalam pendrive,save fail tersebut ke dalam pendrive)

selepas itu,cari fail mandayakhidden.bat di dalam pendrive anda tersebut dan double klik mandayakhidden.bat tersebut.

Jika fail-fail .doc anda yang hilang tersebut berada d dalam suatu folder di pendrive anda,"copy" mandayakhidden.bat ke dalam folder tersebut dan double klik ia,dan cuba lihat jika fail-fail anda telah kembali ke keadaan asal.

Akhir Zaman........

MAKSUD HADIS

Daripada Ummul mukminin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: " (pada suatu hari) Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata,laa-ila-ha-illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini, dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari disebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan . Saya (Zainab bt Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh ? Lalu Nabi SAW bersabda:" Ya , jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

(hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Keburukan Marah.........

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."
Dari Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"
Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."