Isnin, 20 April 2009

Pelancaran Album Artis Kecil ..................

Nak promo sikit album Nur Ashikin........ Pada 18 Apr 2009 aku dijemput utk hadir di majlis pelancaran album anak sedara org rumah yang penuh gelang gemilang tapi penuh kesederhanaan maklum ler bajet kecil. Dah... anak sedara nak tak nak kena gi juga. Walaupun belum terkenal lagi aku nampak kemampuan dan kesungguhan artis ini untuk maju.



Aku rasa album ni boleh berjaya kerana aku difahamkan mendapat sentuhan dari awang BPR kalau tak silap dia juga sebagai pernerbit. Terdapat 10 lagu didalam album ini yg kebanyakan disumabangkan/ditulis oleh ejam 'tamaingsari' walaupun tak pernah dengar nama itu tapi aku rasa ader potensi juga lagu-lagu itu.



Cuma satu yang aku tak setuju dengan majlis ini ada ker patut lepas baca doa selamat terus diadakan pertunjukan menari terlompat-lompat dan bercampur lelaki dan perempuan.



Tapi akhirnya usaha aku sekelurga menunggu dibawah khemah yang panas tu tak sia-sia bila nombor tiket bertuah aku naik 2 kali. 1 dapat hemper dan 1 lagi dapat kipas angin meja kira bertuah juga aku hari itu kerana bermodalkan 5 ringgit dapat kipas. Aper-aper pun aku ucapkan selamat maju jaya kepada Nur Ashikin atas perlancaran album sulungnya 'erti cinta'.