Isnin, 25 Mei 2009

Cara Pulihkan Hidden Folder Disebabkan Oleh Virus.......



Virus, worm, trojan dan segala jenis malware, memang sangat menyusahkan dan memeningkan kepala nak remove. Terbaru, laptop penulis (windows xp) terkena virus.win32.vb.dg yang asalnya dari pendrive rakan. Niat asalnya nak test virus itu sahaja, tak sangka infected pula, habis semua drive c dan d kena.

Scan dengan KAV2009, tiada apa2 detection virus? Scan kali kedua baru guna Threatfire, terus dapat detect virus dan dapat quarantine.

Virus ini menyebabkan folder2 dalam hard disk @ pendrive anda menjadi hidden. Virus ini juga menduplicate folder2 yang hidden tu sebagai file.scr bersaiz 40kb dan mempunyai icon seakan icon folder default bagi windows xp. Selepas virus ini dibuang pun, folder2 tersebut tetap menjadi hidden dan tidak dapat ditukar kepada asal.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, jangan bimbang…saya ada cara ;)

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.

Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

Anda boleh manipulasi command tersebut untuk drive2 lain selain c dan d. Prosesnya juga mungkin mengambil masa yang lama, bergantung kepada bilangan folder dan kemampuan komputer anda.