Khamis, 29 Januari 2009

Populasi Agama Seluruh Dunia......................



Ini adalah peratusan penganut agama-agama di seluruh dunia berdasarkan wikipedia. Daripada gambar di atas, kita dapati penganut agama paling banyak adalah Kristian, diikuti Islam dan Hindu.


Persoalannya di sini, mengapa Yahudi (Jewish) yang hanya 0.23% daripada jumlah keseluruhan mampu menguasa hampiri semua bidang dan berkuasa lebih dari golongan agama lain? Fikir-fikirkan lah..

Rabu, 28 Januari 2009

Kiamat Akan Berlaku 2012........???

Dunia akan kiamat tiga tahun lagi? 

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.

Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. 

Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Khamis, 22 Januari 2009

Nafsu..........

Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan".(Yusuf:53)

Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:- 
1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan 
2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela 
3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar.
Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal.
Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya. 
Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Wallahu'alam..

Rabu, 21 Januari 2009

22 Tanda Hari Kiamat Semangkin Hampir..........

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Bagaimana nak tewaskan Israel.......

Saya teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi ialah;


" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat" Apakah maknanya? Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. 


Apatah lagi untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau. Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah, apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah. 


Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka. 


Hakikatnya kita semakin lemah sekarang, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua marilah penuhkan masjid dan surau, datang dolat berjemaah setiap masuk waktu bukan datang ke Masjid hanya pada hari Jumaat sahaja. Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada saya.

Selasa, 20 Januari 2009

Kelebihan Suruh Al-Kautsar...........


sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 




1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Siapa Yahudi.......? Siapa Orang Islam.....??


SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau: 

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia..

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi..

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. 

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk.. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). 

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran

Aper Ler... Sampai Sanggup Bunuh Diri............

Kepala Babi diletak di Surau UM


Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara. Difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Selasa, 13 Januari 2009

Tanah Rahmat..........

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Untuk Dapatkan Siri no Original .....................


Nak tahu apa itu Youserials ? Sebenarnya Youserials ini adalah gudang terbesar untuk anda mendapatkan pelbagai jenis nombor siri atau no lesen untuk software anda. Dalam perkataan yang lebih mudah, Youserial ini adalah gudang cetak rompak untuk pelbagai software. Anda hanya perlu menaip jenis software dan no search. YouSerials akan memaparkan pelbagai jenis kod atau no siri yang bersesuaiaan dengan software anda. Kebanyakan siri no adalah untuk software - software yang popular sahaja. Untuk mencari No Siri software anda, klik Youserials

Isnin, 12 Januari 2009

Putera & Puteri Kesayangan......................

Gambar Lama Lagi, Masa Muda-Muda Dulu..............


X ingat plak gambar nie tahun berapa........ Aper macam Rock x..............  Agak-agak yang mana aku??....................

Jumaat, 9 Januari 2009

Kekadang Kita Lupa, Kekadang Kita Alpa, Kekadang Kita Leka.....!!!

Teman,
Mungkin sekali kita leka..
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'..
Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..
Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..
Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita lupa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..
Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar biala Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.



Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Khamis, 8 Januari 2009

Awas!! Perangkap Murtad.............



Ketika saya berjalan2 di internet saya terbaca artikel ini yang disampaikan oleh Dr. Rubiah, beliau adalah Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Jadi saya panjangkan untuk menjadi paduan kita semua mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai
"Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.
Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.
Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggung jawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita?
Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk
membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi
menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Rabu, 7 Januari 2009

Adakah Ingin Kita Mencabar Allah............

Kenapa kita mencabar Allah dengan membenarkan Pesta Gay di tanahair kita? Kenapa kita mengundang bala? Tolong jangan undang bala dan janganlah mencabar Allah.
"Itulah namanya kebebasan dan hak asasi"? Tentu kita ingat sejarah Kaum Nabi Lut.








Disebalik Logo CocaCola..........

Jangan Bersubahat Bunuh Saudara Kita



Tidak mati kalau tidak makan Starbucks. Harga mahal mengalahkan harga kain kapan. Tidak kebulur kalau tidak minum Coca-Cola. Tidak baik untuk kesihatan.Tidak kuning gigi kita tanpa Colgate. Banyak lagi ubat gigi jenama lain.Mahukah kita bersubahat membunuh saudara-saudara kita di seluruh dunia? Kita Boikot! Biar mereka muflis sehingga tidak mampu membeli sebutir peluru pun.

Selasa, 6 Januari 2009

Berkongsi rasa duka..........


Tiada kata yang mampu diungkap,

Tiada cerita yang mampu dicoret,
Seakan kembali ke zaman mentahku,
Apabila Palestin acapkali menjadi cerita,
Penghias makan malamku.

Nyata kita masih lemah,
Alpa, leka dan meraba,
Pabila bercerita perihal kantung sendiri,
Hingga menutup pintu perkongsian kisah duka,
Saudara yang jauh nun di sana.

Jeritan mereka,
Hanya mereka yang dengar.

Penderitaan mereka,
Hanya mereka yang rasa.

Bukalah pintu kasih di hati,
Berkongsi rasa duka,
Merasa sengsara bersama,
Walau hanya seketika.

Al-Fatihah buat yang terkorban,
Allahuakbar buat pejuang-pejuang,
Yang tidak jemu menanti,
Kebebasan yang entah bila datangnya.

Semak semua E-mail dalam satu akuan


Perisian ini sesuai buat mereka yang mempunyai banyak akaun email. Biasanya satu email pun dah cukup tapi ada diantara korang yang guna banyak email. Semua akaun email dia nak rembat termasuklah Yahoo, Hotmail, Msn, Gmail, AOL dan sebagainya. Bagi korang yang banyak email nih, pasti menjadi satu masalah untuk menyemak satu persatu akaun email korang bukan. Email Yahoo nak cek, email hotmail lagi dan agak lambat. Kini anda tak perlu susah-susah lagi untuk semak satu persatu biarpun anda mempunyai email yang banyak.

Anda boleh uruskan semua email anda kini hanya dalam satu akaun email sahaja. Anda hanya perlu login sekali sahaja dan boleh semak semua email anda biarpun akaun email yang berlainan. Aku sendiri mempunyai 8 akaun email yang berlainan untuk kegunaan semua website aku. Jadi amat sukar untuk aku menyemak semua email itu sekaligus, apatah lagi kalau internet slow. Jadi untuk menagatasi masalah ini, korang yang mempunyai akaun email yang banyak bolehlah menggunakan satu perkhidmtan email yang di sediakan oleh GMX………
Jangan risau, ianya adalah percuma 100% dan dijamin perkhidmatan yang baik dan boleh di percayai kerana aku telah pun menggunakan email tersebut. Dengan mendaftar GMX anda boleh menambah akaun email seperti yahoo, hotmail, gmail dan sebagainya ke akaun GMX dan setiap kali anda login ke akaun GMX, anda boleh meyemak terus semua email anda. Senang bukan. Kini semua email anda boleh di letakkan di dalam satu akaun sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghantar email terus menggunakan akaun GMX dan hanya perlu memilih akuan email yang ingin di gunakan. Semua email yang hendak ditambah, anda perlu ke menu ” Email Collector” dan tambah dan sahkan email anda. Perkhidmatam GMX ini boleh dilayari di alamat www.gmx.com atau klik di SINI

Budak isap rokok...... Ok Ker............



tak patut....... tak patut...........

Defragment

Salah satu faktor yang boleh membantu kelancaran pc anda adalah dengan melakukan defragment pada sistem fail. Salah satu kaedah adalah dengan mengunakan accessories pada Windows. Tetapi cara ini agak tradisional walaupun masih boleh digunakan. Selain menggunakan accessories tersebut, anda boleh menggunakan alternatif lain yang lebih mudah dan berkesan. Antara software berbayar yang menyediakan program Defrag seperti TuneUp dan BitDefender. Walaubagaimanapun, aku ingin memperkenalkan alternatif lain yang percuma dan boleh digunakan malahan aplikasi ini setanding dengan software berbayar yang lain.


Defraggler [DOWNLOAD]

Ayuh........ Selamatkan Palestine




Wahai pembaca sekalian, marilah kita berdemonstrasi secara maya di website atau di blog masing-masing di atas rasa tidak puas hati kerana kekejaman yang di lakukan oleh Israel yang tidak berhati perut terhadap saudara - saudara kita di Palestine termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Bebaskan Gaza dari Israel. Ramai - ramai kita tunjuk perasaan dengan mengibarkan poster anti Israel di blog masing - masing. Biarpun usaha ini kecil dan tidak dapat menahan serangan kejam terhadap Palestine, sekurang-kurangnya kita menunjukkan sifat bersatu padu sesama islam dan berdoalah untuk saudara-saudara islam kita di sana. Untuk mendapatkan poster Anti Israel anda boleh klik di Latuff2.deviantart.com