Khamis, 30 April 2009

Disable autoPlay Dlm Komputer Korang......


Mende ni sangat penting sebab mane la tau pendrive yang di jolok dalam pc atau laptop korang di jangkiti virus/worm/trojan atau yang sewaktu dengan nya.

korang g kt Run & taip gpedit.msc

pastu di bawah Computer Configuration, klik Administrative Template.

pastu klik System & cari Turn Off AutoPlay & klik 2x.

pilih tab Setting & pilih Enable. Pilih Turn off autoplay on: All drives.

kamu semua ngerti?!..

pastu buat pulak under User Configuration langkah2 tadi.

aku rase agak sudah basi posting ni tapi aku nk post gak sebab aku tau ramai yg kt luar sane buta bahasa omputeh ni..haha..

Isnin, 27 April 2009

Mengembalikan Fail-Fail Office.doc Yang Hilang.....

Sejak kebelakangan ini ancaman virus kian menjadi-jadi,kehadiran virus-virus ini bukan sahaja menganggu tugas harian kita malah boleh menyebabkan kerugian bagi syarikat-syarikat yang diserang ancaman virus ini...
Antara jenis serangan virus baru-baru ini ialah menyembunyikan fail-fail Office Word anda,kemudian virus ini akan mengklonkan dirinya meniru nama fail-fail office yang disembunyikannya ini.Fail-fail office yang disembunyikannya selalu ialah fail-fail yang berformatkan .doc .
Tentu anda berasa sedih jika fail yang anda siapkan berhari-hari hilang dengan sekelip mata sahaja akibat virus ini....Pada pandangan saya sendiri,virus pada tahun ini lebih ganas dari sebelum ini...Virus pada tahun ini lebih banyak menyusahkan kehidupan harian kita dan menggangu kerja kita....
Kembali kepada tajuk post kita hari ini,ada satu cara untuk anda mengembalikan fail-fail anda yang disembunyikan oleh virus-virus ini,selalunya virus ini menggunakan fungsi "super hidden" kepada fail-fail anda supaya anda tidak boleh mencari fail-fail anda semudahnya....
Baiklah,cara yang saya tunjukkan ini adalah sangat mudah supaya anda boleh mengembalikan fail-fail .doc anda kepada yang asal.





1. Pertama sekali,buka program notepad yang ada di dalam sistem komputer anda.
2. Kemudian,di dalam notepad tersebut,tuliskan seperti yang di bawah ini.

attrib -s -h

Selepas itu,save fail tersebut sebagai mandayakhidden.bat ataupun apa-apa nama fail.

caranya ialah ,pergi ke File --> Save as --> mandayakhidden.bat --> Save
(jika fail anda yang hilang tersebut berada di dalam pendrive,save fail tersebut ke dalam pendrive)

selepas itu,cari fail mandayakhidden.bat di dalam pendrive anda tersebut dan double klik mandayakhidden.bat tersebut.

Jika fail-fail .doc anda yang hilang tersebut berada d dalam suatu folder di pendrive anda,"copy" mandayakhidden.bat ke dalam folder tersebut dan double klik ia,dan cuba lihat jika fail-fail anda telah kembali ke keadaan asal.

Akhir Zaman........

MAKSUD HADIS

Daripada Ummul mukminin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: " (pada suatu hari) Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata,laa-ila-ha-illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini, dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari disebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan . Saya (Zainab bt Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh ? Lalu Nabi SAW bersabda:" Ya , jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

(hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Keburukan Marah.........

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."
Dari Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"
Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."

Selasa, 21 April 2009

AF7.....................

1st time aku tengok persembahan diorang..hahaha tu pun tak habis...... meluat. tak best langsung. tak faham ler pada yang minat gila sampai nangis2 tu dan sanggup berabis duit untuk undi dia org. dia orang yang kaya kita ini plak tambah miskin, ditambah lagi menyampah aku bila tengok bebudak af tu nangis2 konon macam ler nak gi perang atau buta artiskah aku nie.. atau mmg aku nie tak suka ngan benda2 nie...

Isnin, 20 April 2009

Pelancaran Album Artis Kecil ..................

Nak promo sikit album Nur Ashikin........ Pada 18 Apr 2009 aku dijemput utk hadir di majlis pelancaran album anak sedara org rumah yang penuh gelang gemilang tapi penuh kesederhanaan maklum ler bajet kecil. Dah... anak sedara nak tak nak kena gi juga. Walaupun belum terkenal lagi aku nampak kemampuan dan kesungguhan artis ini untuk maju.



Aku rasa album ni boleh berjaya kerana aku difahamkan mendapat sentuhan dari awang BPR kalau tak silap dia juga sebagai pernerbit. Terdapat 10 lagu didalam album ini yg kebanyakan disumabangkan/ditulis oleh ejam 'tamaingsari' walaupun tak pernah dengar nama itu tapi aku rasa ader potensi juga lagu-lagu itu.



Cuma satu yang aku tak setuju dengan majlis ini ada ker patut lepas baca doa selamat terus diadakan pertunjukan menari terlompat-lompat dan bercampur lelaki dan perempuan.



Tapi akhirnya usaha aku sekelurga menunggu dibawah khemah yang panas tu tak sia-sia bila nombor tiket bertuah aku naik 2 kali. 1 dapat hemper dan 1 lagi dapat kipas angin meja kira bertuah juga aku hari itu kerana bermodalkan 5 ringgit dapat kipas. Aper-aper pun aku ucapkan selamat maju jaya kepada Nur Ashikin atas perlancaran album sulungnya 'erti cinta'.

Rabu, 15 April 2009

Geli mat mat.........

Cita-cita Mat............

tingkatan 5..kelas aku sunyi..macam dilanda garuda..tadi bukan main seekor-seekor..cikgu mengajar kat depan..diaorang bising kat belakang..sekarang bila cikgu nak tanya soalan..macam mayat muka seekor-seekor..dengan aku sekali jadi mayat hidup... aku syak kalau toreh pisau pun takde darah yang keluar..pucat putih..dah la aku duduk paling depan..sambil menunduk aku baca doa-doa pendek..janganlah aku yang kena..

'hah kamu, mat..cepat bagi tahu kelas, apa cita-cita kamu?'soal cikgu apa-entah-nama-dia-sumpah-gua-tak-ingat..

secara auto aku angkat kepala, dada kasi kembang..dalam hati, lega..padan muka ko mat.....

semua mata tertumpu kepada mat yang sedang berdiri..dengan suara serak-serak sani bersuara..

'cita-cita saya, lepas SPM, kerja lebih kurang, sebelum umur 25 tangkap satu awek kerja doktor ke, lawyer ke, paling-paling koman pun kerja kerajaan'..aku sambung 'dalam dua tiga tahun lepas tu, duduk rumah jaga anak'..

satu kelas menggelupur macam lembu kena sembelih..aku sekadar mengeleng-geleng kepala..tak sampai hati nak gelak..

Rabu, 8 April 2009

Walau korang merusuh cemanapun, Malaysia tetap x duduk dalam top 10 ranking bola sepak dunia sampai kiamat. PERCAYA lah!!!


Darah aku mula menyirap lepas tengok penyokong fanatik kelantan buat rusuhan kat stadium sana. Kejap gambar tunjuk keeper meluru kat tengah padang sambil masing2 dok menahan dia dari pegi bertumbuk, kejap gambar tunjuk mamat x abis sekolah dok baling bom botol kat trak askar kasi bakar. Apa punya bangang la diorang skang ni. x cukup buat demonstasi kat jalan raya, bergaduh pulak kat parlimen main terajang2. Skang ni siap bakar2 pulak pasal tengok bola yang ntah mana arah tujuan nya pulak kali ni. Melayu dengan melayu pulak tu. Dah macam kat negara india sana pulak perangai diorang skang. Malaysia x perlu buat rusuhan sampai macam tu skali untuk minat bola sepak punya pasal. FC leverpool sana tu lain cerita la. Dah memang diorang hidup mati ngan bola. Diorang bertumbuk+bunuh2 pun memang berbaloi pasal diorang memang top rangking kat dunia ni. Kalau berita ni sampai kat budak leverpool umur 10 thn kat sana pun dia buat muka menganjing pasal x penah dengar team kelantan vs negeri sembilan malam tadi.

Tengah aku layan keliru sambil ketuk2 telur, aku perati kuali dah berasap petanda minyak pun dah hati panas. Sebelum jirus telur dalam kuali, aku bukak uniform aku pasal x nak melekat bau telur goreng kat baju aku. Fikiran aku masih lagi layan x puas hati kat penyokong kelantan tu. Diorang pegi bakar Land Rover Polis tu pon hasil dari duit diorang jugak. Duit rakyat. Duit aku jugak. Apa kena mengena L/Rover tu ngan bola sepak? Land Rover polis tu x sambut bola dalam gawang gol ke?

Sambil makan sarapan, aku call kawan aku yang si-pengkritik bola sepak. Pung pang pung pang dia punya cerita dari A~Z. Yang aku tau keeper kelantan x puas hati kat zakuan. Kena tumbuk jugak la si zakuan tu. Keeper kelantan tu memang banyak kontraversi lagi pun dia oldtimer mesti la tunjuk bagus pada player2 muda. Samseng runcit2 je tu. 18hb ni diorang pulak turun N9. x tau kereta sape pulak kena pecah kali ni kat luar stadium.

Rabu, 1 April 2009

April Fool's Day yang Bodoh Atau Kita Yang Bodoh.......

Apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.