Rabu, 4 Februari 2009

Suka Duka Dunia Pekerjaan................


Dari Berita Harian 
Minda Pengarang: Penganggur kena rebut peluang kerja sedia ada
Sejuta rakyat tempatan bakal hilang pekerjaan
23,260 ikuti latihan kerjaya

Dari Utusan Malaysia

Pada 22 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan trend pemberhentian pekerja diramalkan serius tahun ini dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia. 
10,000 peluang pekerjaan dalam industri ICT 
CIDB mula latih tenaga kerja

Aper Faedahnya Naik Moto Cam Nie........

Cara Lain Menyembunyikan Folder.....................


Selalunya pengguna Windows akan membuat hidden folder dengan cara klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK, betul tak?

Ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan. Walaupon anda tukar setting ‘Show Hidden File’ pun, folder ni tak kan nampak. 

Caranya adalah:

1. Buat satu folder di mana yang anda mahu (klik kanan > New > Folder).

2. Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.

3. Tekan butang 'Alt' (selalunya sebelah spacebar) dan taip '0160' (mesti pakai Numpad - nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.

4. Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!

5. Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)

6.Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda invisible. Kalau anda letak di bahagian Desktop, mesti kawan-kawan tidak perasan yang folder anda ada di situ!

Khamis, 29 Januari 2009

Populasi Agama Seluruh Dunia......................



Ini adalah peratusan penganut agama-agama di seluruh dunia berdasarkan wikipedia. Daripada gambar di atas, kita dapati penganut agama paling banyak adalah Kristian, diikuti Islam dan Hindu.


Persoalannya di sini, mengapa Yahudi (Jewish) yang hanya 0.23% daripada jumlah keseluruhan mampu menguasa hampiri semua bidang dan berkuasa lebih dari golongan agama lain? Fikir-fikirkan lah..

Rabu, 28 Januari 2009

Kiamat Akan Berlaku 2012........???

Dunia akan kiamat tiga tahun lagi? 

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.

Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. 

Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Khamis, 22 Januari 2009

Nafsu..........

Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan".(Yusuf:53)

Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:- 
1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan 
2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela 
3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar.
Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal.
Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya. 
Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Wallahu'alam..