Isnin, 23 Mac 2009

Budak Melayu Pakai Salib.............


NAUZUBILLAH ANAK SIAPAKAH INI? Sedih melihat gambar budak Melayu yang jahil ni. Bermegah bergambar dengan loket salib di dada. Di dinding belakangnya terpampang khat tulisan Allah. Mungkin benar orang Islam tiada kekuatan jatidiri, mudah sangat terpengaruh dengan budaya asing.

Semasa saya di asrama dahulu ada juga budak Melayu Melaka yang memakai loket salib walau pun dia mengaku masih Islam. Pakai salib hanya untuk berfesyen dan kononnya orang Serani. Last-last kena sound dengan senior, menggigil lutut. Ya Allah, jauhikanlah kami dari tipu daya syaitan, matikanlah kami dalam Islam. Semoga budak ni bertaubat nasuha dan kembali kepada ajaran Islam.

Rabu, 11 Mac 2009

Sekolah Agama..............

Masa aku sekolah rendah dulu, liat sangat nak bangun pagi pergi sekolah agama. Gua sekolah agama versi pagi dan sekolah kebangsaan versi petang. Takde pulak sekolah versi unplugged.

Sekolah agama takde undang-undang sangat. Pergi sekolah pakai selipar pun tak apa. Ustat-ustat memang cool. Tak macam sekolah kebangsaan yang banyak sangat pantang larangnya. Nak beli nasik pun kena beratur. Tak relevan langsung.

Sekolah agama takde langsung perhimpunan. Tak payah susah-susah nak nyanyi lagu Negaraku dan Negeri Johor. Gua nyanyi lagu tema Ultraman Ace je dalam kelas. Mak gua marah sangat gua nyanyi lagu tu sebab ada sebut "dewa-dewa"..

Sekolah agama sekejap sangat. Masuk pukul 7.45, balik pukul 10.30. Kalau siapa dapat jawab soalan kuiz Ustat Yusup, pukul 10.15 pun dah boleh balik. Bengkak je hati kawan-kawan bila tengok gua balik awal sebab dapat jawab soalan tarikh lahir Nabi Muhammad s.a.w.

Waktu rehat amat dinanti-nantikan oleh semua murid. Macam-macam permainan dah standby dalam beg untuk dimainkan pada waktu rehat. Masa belajar masing-masing buat muka kelat. Ada yang taruk komik Alam Perwira dalam kitab. Bila kitab ditegakkan di atas meja, Ustat mesti cakap kami semua bagus. Rajin baca kitab. Tapi bila rehat, melompat-lompat semua sampai cecah atap. Baju berpeluh kemain.

Kat sekolah agama, hari-hari boleh tengok adegan bertumbuk. Zaman tu, segala masalah akan diselesaikan memalui cara bertumbuk. Biasanya sebelum bertumbuk, ada sedikit perjanjian antara kedua-dua pihak.

" Tak aci main report abang ."

" Ok. Takde hal. Kalau kau report abang kau, aku report abang aku ."

" Ah.. report la. Tak takut langsung. Abang aku darjah 4. "

" Abang aku lagi kuat. Abang aku darjah 6. "

" Darjah 6?? Ok lah, aku tak main report abang."

Cadangan Baharu Untuk Menjimatkan Minyak..............

Selasa, 10 Mac 2009

Kreatif Dengan Duit...........


Orang kita pun kreatif juga. Lihatlah kreatifnya mereka mengisi masa senggang di pejabat. Dari berbual-bual kosong baik buat benda-benda macam ni. Boleh mengasah bakat seni fotografi :)

Jumaat, 6 Mac 2009

Japanese Tow Trucks!......Dasat Msia dah Ader Lum ......




Komando Thailand..........




























Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica...............


Tolong semak/sahkan lirik lagu ALLAH PEDULI - Agnes Monica dari sumber lain betul ker macam di bawah sebab aku dapat dari email ...........

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica


Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab ALLAH YESUS ku
mengerti

ManDayak: Kuang Ajau punya Indon!