Ape kejadah nyer Earth Hour ni?
Earth Hour adalah salah satu kempen WWF untuk mengurangkan pemanasan global dunia dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk generasi akan datang, mula diorang start kat Australia tahun 2007, kemudian ia julung kalinya di Malaysia untuk tahun ini.
Apa akan terjadi kalau pemanasan global ini dibiarkan berlarutan? Bayangkan Ais di kutub utara dan selatan akan mencair, lalu air laut akan naik sedalam 6 meter, kalau anda pernah tengok filem The Day After Tommorow, hah camtulah lebih kurang, dan bermacam-macam bencana alam la yang akan musnah termasuk haiwan, adakah itu yang bakal anak cucu kita warisi? anda mampu mengubahnya.
Jom jimat kan pengunaan tenaga, berilah dunia kita ni berehat selama 1 Jam pada 28 Mac 2009 ini mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, dan nyatakan sokongan anda di www.earthhour.org.my
p.s= agaknya konsert AF7 padam lampu tak sabtu ni..........
Selasa, 24 Mac 2009
Isnin, 23 Mac 2009
Budak Melayu Pakai Salib.............

NAUZUBILLAH ANAK SIAPAKAH INI? Sedih melihat gambar budak Melayu yang jahil ni. Bermegah bergambar dengan loket salib di dada. Di dinding belakangnya terpampang khat tulisan Allah. Mungkin benar orang Islam tiada kekuatan jatidiri, mudah sangat terpengaruh dengan budaya asing.
Rabu, 11 Mac 2009
Sekolah Agama..............
Masa aku sekolah rendah dulu, liat sangat nak bangun pagi pergi sekolah agama. Gua sekolah agama versi pagi dan sekolah kebangsaan versi petang. Takde pulak sekolah versi unplugged.
Sekolah agama takde undang-undang sangat. Pergi sekolah pakai selipar pun tak apa. Ustat-ustat memang cool. Tak macam sekolah kebangsaan yang banyak sangat pantang larangnya. Nak beli nasik pun kena beratur. Tak relevan langsung.
Sekolah agama takde langsung perhimpunan. Tak payah susah-susah nak nyanyi lagu Negaraku dan Negeri Johor. Gua nyanyi lagu tema Ultraman Ace je dalam kelas. Mak gua marah sangat gua nyanyi lagu tu sebab ada sebut "dewa-dewa"..
Sekolah agama sekejap sangat. Masuk pukul 7.45, balik pukul 10.30. Kalau siapa dapat jawab soalan kuiz Ustat Yusup, pukul 10.15 pun dah boleh balik. Bengkak je hati kawan-kawan bila tengok gua balik awal sebab dapat jawab soalan tarikh lahir Nabi Muhammad s.a.w.
Waktu rehat amat dinanti-nantikan oleh semua murid. Macam-macam permainan dah standby dalam beg untuk dimainkan pada waktu rehat. Masa belajar masing-masing buat muka kelat. Ada yang taruk komik Alam Perwira dalam kitab. Bila kitab ditegakkan di atas meja, Ustat mesti cakap kami semua bagus. Rajin baca kitab. Tapi bila rehat, melompat-lompat semua sampai cecah atap. Baju berpeluh kemain.
Kat sekolah agama, hari-hari boleh tengok adegan bertumbuk. Zaman tu, segala masalah akan diselesaikan memalui cara bertumbuk. Biasanya sebelum bertumbuk, ada sedikit perjanjian antara kedua-dua pihak.
" Tak aci main report abang ."
" Ok. Takde hal. Kalau kau report abang kau, aku report abang aku ."
" Ah.. report la. Tak takut langsung. Abang aku darjah 4. "
" Abang aku lagi kuat. Abang aku darjah 6. "
" Darjah 6?? Ok lah, aku tak main report abang."

Selasa, 10 Mac 2009
Kreatif Dengan Duit...........
Langgan:
Catatan (Atom)