Isnin, 30 Mac 2009
4 Perkara................
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya: " Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana @ musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati. Wallahualam

Rabu, 25 Mac 2009
Jangan Leka Pada Hiburan...............
Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang aku mampu, aku akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.
Aku ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?
Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan musuh-musuh islam. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.
Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. Lebih 1000 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?
Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Selasa, 24 Mac 2009
Dulu Aku Kerja Ultraman...............
Zaman aku kecik-kecik, tiada apa yang lagi menarik dari menjadi seorang ahli Pasukan Penentang Ultra (MAT). Tiap-tiap hari tengok cerita lawan-lawan kat tv. Bila dah tengok, mestilah nak praktikkan. Barulah dapat tahu keupayaan diri.
Masa tu, makhluk yang paling kuat di bumi ialah Suria Perkasa Hitam, Gaban Z Terbelah Dua, dan juga Ultraman Ace. Aku paling minat Ultraman Ace. Alit suka Gaban. Mat Thai pulak mesti nak jadi Suria Perkasa Hitam. Costume dia kebal katanya.
Sebelum mula acara main guli, kami akan praktikkan dahulu seni pertahanan diri masing-masing. Ada satu hari tu, gua kalah teruk. Tak pasti sebab apa.
Bila aku kaji-kaji balik, baru perasan yang aku lupa nak gunakan kuasa ultra. Patutlah senang-senang je Gaban Z terbelahduakan gua.
Sekarang, anak aku dah gantikan tempat aku menjadi seorang ahli Pasukan Penentang Ultra (MAT).
Sayangi Bumi Kita Dan Padamkan Lampu.............
Ape kejadah nyer Earth Hour ni?
Earth Hour adalah salah satu kempen WWF untuk mengurangkan pemanasan global dunia dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk generasi akan datang, mula diorang start kat Australia tahun 2007, kemudian ia julung kalinya di Malaysia untuk tahun ini.
Apa akan terjadi kalau pemanasan global ini dibiarkan berlarutan? Bayangkan Ais di kutub utara dan selatan akan mencair, lalu air laut akan naik sedalam 6 meter, kalau anda pernah tengok filem The Day After Tommorow, hah camtulah lebih kurang, dan bermacam-macam bencana alam la yang akan musnah termasuk haiwan, adakah itu yang bakal anak cucu kita warisi? anda mampu mengubahnya.
Jom jimat kan pengunaan tenaga, berilah dunia kita ni berehat selama 1 Jam pada 28 Mac 2009 ini mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, dan nyatakan sokongan anda di www.earthhour.org.my
p.s= agaknya konsert AF7 padam lampu tak sabtu ni..........

Isnin, 23 Mac 2009
Budak Melayu Pakai Salib.............

NAUZUBILLAH ANAK SIAPAKAH INI? Sedih melihat gambar budak Melayu yang jahil ni. Bermegah bergambar dengan loket salib di dada. Di dinding belakangnya terpampang khat tulisan Allah. Mungkin benar orang Islam tiada kekuatan jatidiri, mudah sangat terpengaruh dengan budaya asing.
Langgan:
Catatan (Atom)