Jumaat, 19 Jun 2009

Ayat Lapan Perkataan..........

Kita harus belajar daripada kejadian sepanjang kehidupan lalu. Ringkasnya, apabila dalam kesusahan dan bermasalah, hakikatnya, tidak ramai kawan bertanya khabar. Ketika itu, kawan pernah ditolong sekalipun umpama tidak kisah. Mungkin mereka segan menghubungi, bimbang kita berada dalam keadaan tertekan.

Rumusannya, jika terdengar kawan kita berhadapan masalah, hubungi dia.

Katakan …

“Kalau ada apa perlu saya bantu, bagi tahu”

Ayat 8 perkataan itu mampu menenangkan kawan terbabit, percayalah.

Khamis, 18 Jun 2009

Ziarah Menziarahi....................



Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Tiada seorang Islam yang menjenguk sesama Islam waktu pagi kecuali dia didoakan oleh tujuh puluh ribu malaikat sehingga kepagi. Juga beroleh buah-buahan yang diambil dari syurga."

(Riwayat Tirmizi)

Demi Masa...........

FIRMAN ALLAH SWT: Ayat 1-3: alAshr:

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menepati kebenaran"

Rabu, 17 Jun 2009

Ajuran Bersugi/Mengosok Gigi ............


Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

" Sekiranya tidak memberati ke atas umatku nescaya aku mewajibkan mereka bersugi setiap kali hendak sembahyang sebagaimana halnya kuwajibkan berwudhuk keatas mereka"

(riwayat BAZZAR DAN TABRANI)

Awas Jangan Kencing Merata-rata ...........

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:

" Takutlah kamu kepada tiga celaan, sahabat bertanya: apakah tiga celaan itu ya Rasulullah ?
Baginda menjawab: " Bahawa salah seorang kamu kencing di tempat orang berteduh, kencing di jalan, dan kencing di tempat sumber air"

Selasa, 16 Jun 2009

Mematikan Autoplay Pada Windows Vista.....

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:

1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.

2.Buang tanda pada “Use Autoplay for all media


3. Klik pada butang Save.

Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.

Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.

Rabu, 10 Jun 2009

Selamat Datang Lee Kuan Yew..........


Wajah Lee Kuan Yew menangis terisak-isak semasa sidang akhbar Singapura berpisah dengan Malaysia. Hari ini LKY datang kembali untuk melihat kejayaan adiknya DAP.