Khamis, 29 Januari 2009

Populasi Agama Seluruh Dunia......................



Ini adalah peratusan penganut agama-agama di seluruh dunia berdasarkan wikipedia. Daripada gambar di atas, kita dapati penganut agama paling banyak adalah Kristian, diikuti Islam dan Hindu.


Persoalannya di sini, mengapa Yahudi (Jewish) yang hanya 0.23% daripada jumlah keseluruhan mampu menguasa hampiri semua bidang dan berkuasa lebih dari golongan agama lain? Fikir-fikirkan lah..

Rabu, 28 Januari 2009

Kiamat Akan Berlaku 2012........???

Dunia akan kiamat tiga tahun lagi? 

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.

Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. 

Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Khamis, 22 Januari 2009

Nafsu..........

Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan".(Yusuf:53)

Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:- 
1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan 
2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela 
3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar.
Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal.
Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya. 
Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Wallahu'alam..

Rabu, 21 Januari 2009

22 Tanda Hari Kiamat Semangkin Hampir..........

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Bagaimana nak tewaskan Israel.......

Saya teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi ialah;


" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat" Apakah maknanya? Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. 


Apatah lagi untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau. Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah, apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah. 


Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka. 


Hakikatnya kita semakin lemah sekarang, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua marilah penuhkan masjid dan surau, datang dolat berjemaah setiap masuk waktu bukan datang ke Masjid hanya pada hari Jumaat sahaja. Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada saya.

Selasa, 20 Januari 2009

Kelebihan Suruh Al-Kautsar...........


sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 




1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu.