Rabu, 1 April 2009

April Fool's Day yang Bodoh Atau Kita Yang Bodoh.......

Apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.

Selasa, 31 Mac 2009

Buatkan Windows XP Anda Kelihatan Seperti Windows 7.......



Seven Remix XP adalah pek tema yang akan membuatkan Windows XP anda kelihatan seperti Windows 7. Antara komponen yang diubah supaya menyerupai Windows 7 adalah gaya visual, screensaver, kursor, bunyi, taskbar, dan juga wallpaper.

PERINGATAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM............

Ingatlah bangsa melayu Islam, kini kuasa politik kita kian terhakis akibat perpecahan sesama kita. Apa yang tinggal utk membuktikan tanahair ini milik kita? Bidang ekonomi? Taraf sosial? Kuasa politik? Pendidikan? Semua dijuarai oleh bangsa lain.

Sudah kuat dan setandingkah kita dgn bangsa lain? Bersediakah kita bertanding secara terbuka dgn bangsa lain tampa hak kesitimewaan kita........

Adakah masih ada masa depan utk anak cucu kita & generasi akan datang jika kita terus lemah & gagal bersaing..... Apa akan jadi jika kita gagal mempertahankan hak kita......... Apakah kita akan ditelan & disisih secara terancang olehy bangsa lain di tanahair sendiri........

Mahukah kita menjadi spt melayu Singapura....... terjajah, ditidas & disish di Tanahair sendiri....... Kerana terperdaya merelakan diperintah kaum lain yang bukan penduduk asal..... Hingga hampir hilang identiti melayu islam sendiri..........

Insaflah........ Kita harus pertahankan hak kita serta berjunag & bersatu demi generasi kita akan datang..........

Usah terlalu asyik memberi kelak kita tiada apa lagi utk dipertahankan... Uasah terlalu berasas rendah diri dan malu .......

Isnin, 30 Mac 2009

4 Perkara................

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya: " Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana @ musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati. Wallahualam

Rabu, 25 Mac 2009

Jangan Leka Pada Hiburan...............

Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang aku mampu, aku akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Aku ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan musuh-musuh islam. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. Lebih 1000 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Selasa, 24 Mac 2009

Dulu Aku Kerja Ultraman...............

Zaman aku kecik-kecik, tiada apa yang lagi menarik dari menjadi seorang ahli Pasukan Penentang Ultra (MAT). Tiap-tiap hari tengok cerita lawan-lawan kat tv. Bila dah tengok, mestilah nak praktikkan. Barulah dapat tahu keupayaan diri.

Masa tu, makhluk yang paling kuat di bumi ialah Suria Perkasa Hitam, Gaban Z Terbelah Dua, dan juga Ultraman Ace. Aku paling minat Ultraman Ace. Alit suka Gaban. Mat Thai pulak mesti nak jadi Suria Perkasa Hitam. Costume dia kebal katanya.


Sebelum mula acara main guli, kami akan praktikkan dahulu seni pertahanan diri masing-masing. Ada satu hari tu, gua kalah teruk. Tak pasti sebab apa.

Bila aku kaji-kaji balik, baru perasan yang aku lupa nak gunakan kuasa ultra. Patutlah senang-senang je Gaban Z terbelahduakan gua.

Sekarang, anak aku dah gantikan tempat aku menjadi seorang ahli Pasukan Penentang Ultra (MAT). 

Sayangi Bumi Kita Dan Padamkan Lampu.............

Ape kejadah nyer Earth Hour ni?
Earth Hour adalah salah satu kempen WWF untuk mengurangkan pemanasan global dunia dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk generasi akan datang, mula diorang start kat Australia tahun 2007, kemudian ia julung kalinya di Malaysia untuk tahun ini.

Apa akan terjadi kalau pemanasan global ini dibiarkan berlarutan? Bayangkan Ais di kutub utara dan selatan akan mencair, lalu air laut akan naik sedalam 6 meter, kalau anda pernah tengok filem The Day After Tommorow, hah camtulah lebih kurang, dan bermacam-macam bencana alam la yang akan musnah termasuk haiwan, adakah itu yang bakal anak cucu kita warisi? anda mampu mengubahnya.

Jom jimat kan pengunaan tenaga, berilah dunia kita ni berehat selama 1 Jam pada 28 Mac 2009 ini mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, dan nyatakan sokongan anda di www.earthhour.org.my

p.s= agaknya konsert AF7 padam lampu tak sabtu ni..........