Rabu, 17 Disember 2008

Buat partition


Nak belajar buat partition baru pada hard drive korang ? Senang jer. Dalam tempoh kurang dari 5 minit korang boleh siap buat partition baru pada komputer korang. Aku akan tunjukkan tutorial ini, dengan menggunakan sebuah Freeware. So kerja korang akan jadi lebih mudah untuk membuat partition baru pada hard drive. Tak perlu guna command prompt yang susah dan leceh tu lagi dan tak perlu upah kedai pun. Semua boleh buat sendiri di rumah. Walaupun terdapat banyak Freeware yang membolehkan anda membuat partition baru, aku cadangkan korang gunakan Easeus Partition Manager 3.0 dan untuk download korang boleh download DI SINI secara percuma. Sebelum ikut tutorial ni, elok korang download dan install dahulu ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan