Selasa, 30 Disember 2008

Khalwat berpakaian sekolah.......


Seorang pelajar tingkatan empat yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang pemuda dalam sebuah bilik di sebuah hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini semalam.
Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) Kelantan.
Pemuda terbabit yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri daripada diberkas dengan memanjat siling yang dipecahkan ke bahagian bumbung bangunan itu menyebabkan tiga jentera bomba dikejarkan ke sana untuk membantu.
Jurucakap Jaheik berkata, dalam serbuan yang dibuat pada 9.15 pagi itu, pemuda bersama pasangannya berusia 16 tahun mulanya enggan membuka pintu bilik yang diketuk beberapa kali.
"Kemudian terdengar bunyi seperti siling dipecahkan lalu anggota kami terus bertindak memecahkan pintu dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling.
"Pasangan perempuannya yang berpakaian sekolah saja berjaya dipujuk supaya turun, sebaliknya teman lelakinya cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan