Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Kalau perempuan kata:
Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi:
- kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"
Selasa, 30 Disember 2008
Kaitan Kisah Kaum Luth Dan Laut Mati...........

Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. “
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`.
Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
Rakyat malaysia bodoh dari rakyat singapura............
"Bila sebut isu air, isu jambatan bengkok, isu Wilayah Pembangunan Iskandar dan isu Pulau Putih, terbayang seraut wajah rakyat Malaysia yang kesedihan kerana sentiasa kalah dengan Singapura. Adakah ini kerana kita lebih bodoh dari mereka?
Negara Singapura hanya sebuah pulau kecil yang tiada apa-apa sumber alam pun sebenarnya. Tetapi, negara kecil tersebut tersenarai sebagai negara maju dan kaya. Malaysia pula, walaupun kaya dengan pelbagai sumber alam dan berkeluasan jauh lebih besar dari Singapura, rata-rata penduduknya tidak kaya dan hidup agak susah.
Adakah rakyat Malaysia kurang bijak berbanding rakyat Singapura atau ada faktor-faktor lain? Terdapat pihak yang mengatakan puncanya ialah rakyat Malaysia terlalu berpolitik.
Artikel ini menganalisa isu ini secara ringkas..
Singapura lebih maju dari Malaysia bukan kerana rakyatnya lebih bijak. Berikut ialah rumusan penulis tentang sebab-sebab sebenar:
1. Politik di Singapura stabil. Sekalipun media Malaysia sentiasa menggambarkan Singapura dengan pemerintahan diktator, hakikatnya ialah rakyat Singapura selesa dengan ekonomi yang cemerlang dan kepimpinan negara yang bersih dari rasuah.
2. Kepimpinan negara bersih dari rasuah. Rasuah dipandang serius di Singapura. Seorang menteri Singapura pernah dikecam teruk kerana mendapat sedikit diskaun sewaktu pembelian sebuah apartment. Ini berbeza dengan politik Malaysia di mana imej BPR cukup rendah dan dilihat di bawah kerajaan.
3. Singapura tidak boros. Kepimpinan Singapura tidak menghabiskan harta negara untuk projek-projek yang sekadar menguntungkan kroni.
4. Gaki kakitangan kerajaan tinggi. Gaji PM Singapura tertinggi di dunia. Di Malaysia, kakitangan kerajaan hidup susah sehingga ada yang menjadi pencacai UMNO seperi shardanny, melayunet, zeymi dan antihusam. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi.
5. Perancangan yang teliti untuk jangka masa panjang. LIhat saja bagaimana Pulau Batu Putih berjaya dirampas dari Malaysia dengan perancangan yang teliti.
6. Rakyat bersemangat mencari wang. Rakyat Malaysia khususnya Melayu banyak yang mempunyai sikap malas merancang dalam usaha mencari wang. Justeru, ekonomi orang Islam mundur. Pendapatan berkapita orang Melayu rendah berbanding kaum lain. Orang Melayu juga asyik berpolitik tetapi ramai yang enggan berniaga dan tidak sistematik dalam mengurus kewangan. Penulis sebagai contoh mampu mengumpul lebih RM15,000 sebulan sedangkan rata-rata rakan penulis hanya mampu memperolehi sekitar RM2,500 sahaja. Perancangan itu penting.
7. Sistem pendidikan dipolitikkan. Penukaran ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik menjadikan budak-budak Melayu semakin mundur dalam subjek-subjek ini.
8. Islam Hadhari. Singapura maju tanpa Islam hadhari. Di bawah Islam yang sejati, kita yakin kita akan lebih maju tetapi jelas, di bawah Islam hadhari, orang Islam semakin ketinggalan..
Kesimpulan penulis, PEMIMPIN BN MALAYSIA YG LEBIH BODOH DARI PEMIMPIN SINGAPURA..Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya."

Khalwat berpakaian sekolah.......

Seorang pelajar tingkatan empat yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang pemuda dalam sebuah bilik di sebuah hotel murah di Jalan Pengkalan Chepa di sini semalam.
Pasangan tersebut ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) Kelantan.
Pemuda terbabit yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri daripada diberkas dengan memanjat siling yang dipecahkan ke bahagian bumbung bangunan itu menyebabkan tiga jentera bomba dikejarkan ke sana untuk membantu.
Jurucakap Jaheik berkata, dalam serbuan yang dibuat pada 9.15 pagi itu, pemuda bersama pasangannya berusia 16 tahun mulanya enggan membuka pintu bilik yang diketuk beberapa kali.
"Kemudian terdengar bunyi seperti siling dipecahkan lalu anggota kami terus bertindak memecahkan pintu dan mendapati pasangan tersebut yang lengkap berpakaian sedang menyorok di atas siling.
"Pasangan perempuannya yang berpakaian sekolah saja berjaya dipujuk supaya turun, sebaliknya teman lelakinya cuba melarikan diri dengan memanjat terus ke atas bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi semalam.
Muzium Thailand

Korang penah pegi muzium thailand? korang tau ape ade kat sana?muzium thailand berbeza dengan muzium kat negara kita.disana,barang2 yg dipamerkan kebanyakkannye ori..sesuatu benda yg asli tapi telah diawetkan.kalo korang x caye korang boleh tgk seteng benda yg aku jumpa kat bawah ni,sume ni ade kat sana..jom layan.
Terasa mcm nk tgk banyak lagi benda2 pelik kat dunia ni,korang bleh layan member blog aku ni.click je link kat bawah ni :
www.stranges-world.blogspot.com
Peristiwa penting dalam bulan muharam
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Jumaat, 26 Disember 2008
Insyallah syaitan tidak ganggu kita kalau
Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah.
1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim...
2. Banyakkan Berzikir,Tahmid
3. Membaca 3 qul
4. Membaca ayat kursi waktu tidur
5. Membaca Surah Al-Baqarah
6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ... (sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat)
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat)
9 Bersahabat dengan org beriman
10. Dirikan solat dengan khusyuk
11.Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..

Langgan:
Catatan (Atom)