Rabu, 27 Mei 2009

Search Hilang Dari Start Menu Anda??.......

Kerapkali setelah komputer anda dijangkiti virus, antara yang hilang termasuklah Folder Option, Run command dan Search……

Jika Search pada Start Menu tidak ada tetapi bukan disebabkan oleh virus, untuk adakannya semula anda cuma perlu klik kanan pada ‘Taskbar-Properties-Start Menu-Customize-Advance dah tandakan pada kota Search seperti di bawah…


TETAPI, jika search pada Start Menu anda hilang disebabkan oleh virus maka cuba anda guna kaedah berikut:

Salin text berikut pada Notepad dan pastikan anda ’save’ sebagai namafail.reg.

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]

“NoFind”=dword:00000000

Setelah itu dwiklik fail yang telah anda buat tadi. Reboot komputer anda.

Isnin, 25 Mei 2009

Cara Pulihkan Hidden Folder Disebabkan Oleh Virus.......



Virus, worm, trojan dan segala jenis malware, memang sangat menyusahkan dan memeningkan kepala nak remove. Terbaru, laptop penulis (windows xp) terkena virus.win32.vb.dg yang asalnya dari pendrive rakan. Niat asalnya nak test virus itu sahaja, tak sangka infected pula, habis semua drive c dan d kena.

Scan dengan KAV2009, tiada apa2 detection virus? Scan kali kedua baru guna Threatfire, terus dapat detect virus dan dapat quarantine.

Virus ini menyebabkan folder2 dalam hard disk @ pendrive anda menjadi hidden. Virus ini juga menduplicate folder2 yang hidden tu sebagai file.scr bersaiz 40kb dan mempunyai icon seakan icon folder default bagi windows xp. Selepas virus ini dibuang pun, folder2 tersebut tetap menjadi hidden dan tidak dapat ditukar kepada asal.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, jangan bimbang…saya ada cara ;)

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.

Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:\*.* /d /s -h -r -s

Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

Anda boleh manipulasi command tersebut untuk drive2 lain selain c dan d. Prosesnya juga mungkin mengambil masa yang lama, bergantung kepada bilangan folder dan kemampuan komputer anda.

Rabu, 13 Mei 2009

Berat Badan Berlebihan Bahaya.........

Ikut kajian berikut adalah komplikasi penyakit (anda berisiko tinggi) jika berat anda berlebihan:

1) Diabetes peringkat ke-2 (mustahil sembuh)

2) Darah Tinggi (Harapan Tipis)

3) Coronery Artery Desease dan stroke (kematian hampir)

4) Osteoartritis ( Sangat menyakitkan)

5) Canser (Kematian Hampir)

6) Sleep Apnea (Kematian Hampir)

7) Komplikasi Mengandung & Bersalin.

Petang nanti senam semula.....rasa perut dah ke depan je ni............

Selasa, 12 Mei 2009

Hak-Hak Seorang Muslim...........

1. Memberi salam kepadanya apabila bertemu.
2. Memenuhi undangannya.
3. Mendoakannya ketika dia bersin.
4. Menziarahinya ketika dia sakit.
5. Menziarahi jenazahnya.
6. Memenuhi sumpahnya.
7. Memelihara kehormatan dirinya.
8. Mencintai dirinya seperti mencintai diri sendiri.
9. Tidak menyukai apa yang menimpanya (bala) seperti tidak menyukai jika menimpa (bala) diri sendiri.

Dipetik dari "Mukhtasar Ihya' Ulumuddin"

Gambaran Manusia Berdosa Di Padang Masyar

BERWAJAH KERA-Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)-Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA-Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU-Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI-Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS-Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT-Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK-Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR-Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI-Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR-Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT-Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI-Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT-Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN-Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API-Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS-Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN-Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Wallahualam

Rabu, 6 Mei 2009

Waktu2 Yg Mustajab Doa.........

1. Sepertiga malam
2. Waktu hujan turun.
3. Masa antara azan dan iqamah
4. Ketika sujud dalam solat
5. Selepas solat fardhu
6. Ketika sedang berpuasa
7. Bulan ramadhan
8. Malam lailatulqadar
9. Hari jumaat
10. Ketika sedang bermusafir
11. Sewaktu mengerjakan haji/umrah
12. Waktu menerima ujian
13. Antara dua khutbah jumaat