Jumaat, 10 Julai 2009

Google Chrome Bakal Mengugat Microsoft.........


Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini ialah pengumuman dari pihak Google di mana Google akan melancarkan sistem operasi / operating system (OS) sendiri yang dinamakan Chrome OS pada pertengahan tahun 2010.

Google Chrome OS akan diguna pakai di netbooks, dan juga desktop dan laptop computers. Adakah Chrome OS bakal mencabar Microsoft yang akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 7 pada Oktober tahun ini?

Khamis, 9 Julai 2009

Kisah Getir Menonton TV..................

Tahun 1974 …

Setiap hari saya berjalan kaki hampir 2 kilometer dari rumah untuk menonton TV di rumah seorang kawan dikampung sebelah.

Bagaimanapun kerana terlalu minat dan asyik menonton siri ‘Six Million Dollar Man’, ‘Combat’, ‘Space 1999’ dan ‘Charlie’s Angel’, sejuk, gigitan nyamuk tidak dirasai.

TV hitam putih menggunakan tenaga generator. Kekadang terpaksa balik awal ke rumah kerana generator kehabisan minyak.

Dalam perjalanan pulang dari kampung sebelah sewaktu melintas pokok kayu ara dikatakan berhantu, saya berlari sekuat hati dengan selipar Jepun dipegang di kedua belah tangan. Jika selipar dipakai, bimbang kaki tersadung. Sampai dirumah emak pasti memberikan ‘ceramah’ berjela. Antara kata-katanya, “Tengok TV boleh kenyang ke?,” sambil beberapa cubitan singgah di pinggang.

Malas menonton TV di rumah jiran di kampung sendiri, takut pasir di kaki mengotorkan lantai rumah kerap disapu. Kata emak, “Tak malu pergi rumah orang!”.

Jika tiada pilihan, membayar 10 sen sekali menonton TV di rumah jiran. Wang dikutip digunakan untuk mengecas bateri kereta digunakan sebagai bekalan tenaga TV. Ketika itu tiada bekalan elektrik di kampung. Jika bateri habis, skrin TV mengecil, lalu saya pulang, hampa.

Jejari pernah terkepit di pintu rumah jiran pemilik TV, biarpun dia nampak tangan kanan saya memegang daun pintu ketika ingin naik ke rumah. Sakit, pulang ke rumah, jejari disapu minyak panas, masuk ke bilik dan tidur.

Tiga anak saya tidak pernah melalui pengalaman getir sebegitu hanya untuk menonton TV.

Selasa, 7 Julai 2009

Monohara Berhutang Hampir RM 1 Juta..............


Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra memfailkan saman tuntutan hutang berjumlah RM972,750 ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot di Mahkamah Syariah di sini semalam.

Dalam tuntutan hutang itu, plaintif mendakwa sebelum perkahwinan mereka, defendan telah meminjam wangnya untuk kegunaannya dan ibu beliau, Daisy Fajarina berjumlah RM338,500. Daripada jumlah itu, RM174,000 digunakan bagi membeli jam tangan jenama Audemars Piguet dan RM165,500 lagi untuk kegunaan peribadi Manohara atau ibunya.
Defendan juga didakwa telah meminjamkan wang sebanyak RM634,250 sepanjang tempoh perkahwinan bagi kegunaan peribadi dan untuk dikirim kepada keluarganya sebanyak enam kali yang keseluruhannya berjumlah RM972,750.

Tengku Temenggong Kelantan juga memfailkan saman tuntutan kembali taat supaya Manohara pulang ke pangkuannya.

Pintu Seksi......

Itu persoalan tercetus di dalam fikiran saya sewaktu membaca berita berhubung tabiat buruk lelaki berusia 22 tahun di berkas di Kuala Terengganu, Terengganu. Suspek dikatakan gemar melakukan onani secara terbuka.

Hampir 15 penghuni rumah menjadi mangsa, terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di hadapan pintu rumah mereka. Pemuda berasal dari Kampung Air Lilih, Manir akhirnya ditangkap kelmarin selepas hampir 2 bulan penduduk melakukan intipan.

Imaginasi suspek pasti terlalu tinggi, mungkin dia membayangkan pintu rumah umpama gadis seksi menggiurkan.

* Kampung Air Lilih atau Kampung Air 'Meleleh'? :)

Isnin, 6 Julai 2009

Perisian Percuma Irfanview..............


Pernahkan anda menggunakan perisian percuma ini?apakah kegunaan perisian ini?perisian ini adalah antara perisian yang saya sering gunakan ketika melakukan kerja...perisian ini adalah sebuah perisian yang cukup ringan dan membolehkan kita mengedit gambar kita,contoh saiz gambar dan beberapa kemudahan lain lagi.Dengan adanya perisian seperti ini,anda tidak memerlukan perisian lain yang berat semata-mata untuk membolehkan anda memotong saiz gambar dan keperluan lain,tambahan pula perisian ini adalah percuma.

Anda boleh download perisian irfanview ini :
http://www.filehippo.com/download_irfanview/
http://www.irfanview.com/main_download_engl.htm

Jumaat, 26 Jun 2009

Tazkirah


Maksud firman Allah SWT:

1."Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian, maka itulah orang-orang yang rugi"
(al munafiqun:9)

2. "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu)" (at Taghabun:15)

Jumaat, 19 Jun 2009

Bila Izaril Datang Memanggil............


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berduka cita dan risau
Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Taala
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk
Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku
Muhammad Nabiku
Islam agamaku
Kitab suci Al-Quran ikutanku
Baitullah itu kiblatku
Malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air Nabi adalah benar
Ada Syurga dan Neraka adalah benar
Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah SWT, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” - Surah Al-A’sr